Potensi dan Cabaran Pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam Pemasaran Produk Makanan Halal semasa Pandemik Covid-19

Authors

  • Norhashimah Kamaruddin Pusat Pembangunan Inklusif dan Lestari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM MALAYSIA
  • Hairunnizam Wahid Pusat Pembangunan Inklusif dan Lestari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM MALAYSIA

Keywords:

Produk Makanan Halal, Potensi Halal, Usahawan PKS, Sijil Halal, Cabaran Produk Halal

Abstract

Populasi orang Islam yang semakin meningkat saban tahun telah menyebabkan berlakunya inovasi dalam pelbagai sektor yang berteraskan halal. Kesedaran dalam kepentingan penggunaan barangan yang dijamin halal telah menyebabkan berlakunya peningkatan dalam permintaan produk dan barangan halal. Hal ini telah membuka potensi untuk pasaran produk makanan halal untuk terus berkembang. Melihat kepada potensi ini maka usahawan PKS boleh memainkan peranannya dan mengambil peluang untuk menonjol dan sekaligus meluaskan pasaran produk mereka.  Dengan adanya langkah dan strategi yang betul PKS dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan potensi yang sedia ada. Namun terdapat juga cabaran yang perlu dihadapi oleh PKS dalam memajukan pasaran mereka. Lantaran itu, kajian ini cuba menilai sejauh mana potensi PKS dalam pemasaran produk makanan halal dan kemudiannya meneliti apakah cabaran yang dihadapi oleh sektor ini. Tinjauan dilakukan ke atas usahawan di negeri Terengganu dan analisis data berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan. Kajian mendapati bahawa umumnya pengusaha mempunyai tahap persepsi yang tinggi terhadap potensi PKS untuk berkembang. Namun tahap persepsi untuk faktor cabaran juga berada pada tahap yang tinggi. Kepentingan kajian ini ialah dapat mengetahui masalah utama yang dihadapi oleh PKS dalam memasarkan produk halal di Malaysia. Langkah drastik perlu diambil oleh semua pihak untuk membantu usahawan PKS lebih berdaya saing dan inovatif dalam produk makanan yang dihasilkan.

The growing Muslim population over the years has led to innovations in various halal-based sectors. Awareness of the importance of using halal-guaranteed products has led to an increase in demand for halal products and products. This has opened the potential for the halal food product market to grow. Looking at this potential, SME entrepreneurs can play their part and take the opportunity to stand out as well as expand their product market. With the right steps and strategies, SMEs can grow their business to their full potential. But there are also challenges that SMEs must face in developing their markets. Therefore, this study attempts to assess the potential of SMEs in the marketing of halal food products and then examines the challenges facing the sector. The survey was conducted on entrepreneurs in Terengganu state and data analysis based on distributed questionnaire form. Studies have found that entrepreneurs generally have a high level of perception of the potential for SMEs to grow. But the perception level for the challenge factor is also high. The importance of this study is to understand the main problems faced by SMEs in marketing halal products in Malaysia. Drastic steps need to be taken by all parties to help SME entrepreneurs become more competitive and innovative in their products.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd. Razak Dan, Faridah Shahadan, Mohd Ali Mohd Noor dan Wiyadi. (2006). Daya Saing Industri Kecil dan Sederhan (IKS) makanan halal dalam menghadapi AFTA. Benefit, Vol.10, No. 1. 35

Abdul Hamid, Muhammad Said dan Endah Meiria. (2019). Potency and Prospect of Halal Market in Global Industry: An Empirical Analysis of Indonesia and United Kingdom. Business and Management Studies. Vol 5. No 2. 54

Asnidar HanimYusuf, Idris Oyewale Oyelakin, Syadiyah Abdul Shukor dan Ummi Salwa Ahmad Bustaman. (2017). The role of halal certification in business performance in Selangor: A study on kopitiams. Malaysian Management Journal, 21. 2-4

Asnidar Hasnim Yusuf, Syaiyah Abdul Shukor, Ummi Salwa Ahmad Bustamam. (2015). Issues and Challenges of Halal Implementation in Food Industry in Malaysia. International Journal of Business and Management Study. Vol 20. 175

Bahril B. Balli dan Wahid Razzaly. 2010. Kerangka Kaedah Penilaian untuk Pengiktirafan Penilaian terdahulu (PPPT) dalam Konteks Pembelajaran Sepanjang Hayat: Transformasi Pendidikan Politeknik di Malaysia. Persidangan Kebangsaan Penyelididkan dan Inovasi dalam Pendidikan dan latihan Teknik dan Vokasional CIE-TVT. [16-17 Nov 2011].

Fairul Asmaini Mohd Pilus. (2018, Disember 6). Malaysia komited teraju industri halal global. BH Online. Retrieved from dari https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/506221/malaysia-komited-teraju-industri-halal-global-saifuddin-nasution

Kasmarini Baharuddin, Norliya Ahmad Kassim, Siti Khairiyah Nordin dan Siti Zahrah Buyong. (2015). Understanding the Halal Concept and the Importance of Information on Halal Food Business Needed by Potential Malaysian Entrepreneurs. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences. Vol. 5, No.2. 171-172

Lokman Ab Rahman. (2020, Jun 23). Kecemerlangan pengurusan sijil halal. Mymetro. Retrieved from https://www.hmetro.com.my/addin/2020/06/592597/kecemerlangan-pengurusan-sijil-halal

Muhammad Asri Abd Ghani, Zaimah Darawi. (2012). Transformasi dan Prestasi Perniagaan Usahawan Melayu PKS di Johor Bahru. Prosiding Perkem VII, Jilid 1: 4-6 Jun 2012. 698

Noor Fiteri bin Abdullah dan Masnisah binti Mukhtar. (2015). Cabaran Pelaksanaan Pensijilan Halal di Perlis: Pengalaman Bahagian Penyelidikan dan Hab Halal. 1

Norailis Ab. Wahab dan Aimi Fadzirul Kamarubahrin. (2019). Halal Industry: Are The Businesses Fully Awake? Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa. Vol.16. No 1. 23-28

Nurul Asmida Saad& Mohd Anuar Ramli. (2018). Amalan Pengendalian Makanan Halalan Tayyiban. Seminar Serantau Peradaban Islam 2018 Institut Islam Hadhari, UKM: 14-15 November 2018. 465

Sanep Ahmad, HairunnizamWahid dan Surtahman Kasti. (2007). PKS Dipersada Dunia: Kes Gelagat Pengguna. Dibentangkan di Convention of Islamic Entrepeneurships 2007 anjuran KUIM pada 20-21. 5

Sazelin Arif. (2009). Keupayaan Pemasaran dalam Kalangan Pengusaha Kecil Makanan Halal di Melaka Tengah: Satu Kajian Awal. MALIM Bil. 10. 188

Selvarajah Krishnan, Che Musa Che Omar, Irsyad Zahran, Nazreen Syazwan, Sharifah Alya. (2017). The Awareness of Gen Z’s toward Halal Food Industry. Management 2017, 7(1). 45

Siti Khalilah binti Basaruddin, Maliani Mohamad dan Hafizah Zainal. (2020). Cabaran Usahawan Asnaf dalam Pensijilan Halal Malaysia. International Journal of Zakat and Islamic Philantrophy. 1(2). 25-27

Syed Ghazaly Alqudsi. (2013). Awareness and Demand for 100% Halal Supply Chain Meat Products. Procedia - Social and Behavioral Sciences 130 (2014). 167 – 178.

Vloreen Nity Mathewa, Ardiana Mazwa Raudah binti Amir Abdullah and Siti Nurazizah binti Mohamad Ismail. Acceptance on Halal Food among Non-Muslim Consumers. (2012). International Halal Conference, PWTC, Kuala Lumpur, Malaysia, 4-5 September 2012. 263

Published

2020-11-11

How to Cite

Kamaruddin, N., & Wahid, H. . (2020). Potensi dan Cabaran Pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam Pemasaran Produk Makanan Halal semasa Pandemik Covid-19. Journal of Management and Muamalah , 10(2), 1-20. Retrieved from https://jmm.uis.edu.my.kuisjournal.com/index.php/jurnal/article/view/1